About Me

My photo
Hello there humans... Welcome to my simple blog. My name Siti Norshakila... U all can call me Ieyla... Now im 21 years old. I was born on 25 November 1989. Asl Pahang, d'besarkan at Terengganu n now at Kelantan, study here in E-Business at Cosmopoint College... I came from mixed blood family, malay, chinese and thai... Im a simple person, slalu senyum, bnyk ckp, ske jln2, shopping, giler music.... Ske baca novel (pnh b'cta2 nk jd seorng novelist.. Ahakzz..) Hot tempered, but cpt sjuk.. Caring???? Blh laa... Hahahaaa... Slain tu pantang tengok camera, msti nk snap!!! Satu lg, perangai cm bdk2, tp penyegan.... Actually, my blog is where i express my feeling and the place where i can be my self... U can read my blog n if u don’t like or hate its, i don’t care...

Wednesday, April 20, 2011

ToP!k YaNg MeRaBaN G!LeR...

Topik today about marriage...
Patut kew kite kawin nan seseorang toh
bile die daa ajak kite????
Yang menjadi persoalannya kawin kat GOLOK....
Patut kew kite terima....?????
Huhh.. Fenimm seyh....
Topik lakk meraban jek..
Nape lak aku tetiba jew leyh kuor topik mengarut camnim????
Hahahahahahhaa.....

Aisshhhh...
Xkan la sampai aku nak kawin at sana lak???
No wayyyy..!!!
But, xmustahil annn???
Hurm... Anyway, arap ngat aku dijauhkan
dari seme nim....
Hurmmmmmmmmmm.....

Kat bawah nim statement aku copy at laman sesawang tadi..
Selongkar punya selongkar,
aku tertarik nan die nyer soklan toh...
Hurmmmmm.....


Dilema status nikah di Thailand...

Soalan:
Saya dan suami telah melangsungkan perkahwinan di selatan Thailand tiga bulan yang lepas. Kawan-kawan menasihatkan agar saya mendaftarkan perkahwinan di Malaysia kerana perkahwinan saya dianggap tidak sah jika tidak berbuat demikian. Suami saya bersikap acuh tak acuh dan enggan mendaftarkan perkahwinan kami. Apakah status perkahwinan saya sebenarnya? Benarkah pernikahan kami tidak sah kalau tidak didaftarkan di sini? Adakah saya masih boleh mendaftarkan perkahwinan kami selepas tiga bulan kahwin? Bagaimana jika suami saya enggan?

Jawapan:
Terima kasih atas kesudian puan berkongsi dilema yang puan hadapi. Diharap nasihat yang kami berikan di sini sedikit sebanyak dapat membantu puan.

Nasihat yang diberi oleh kawan-kawan puan itu memang ada benarnya. Seksyen 31 (2) Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 menyatakan bahawa pasangan yang berkahwin di luar negara tetapi sudah kembali ke Malaysia perlu mendaftarkan perkahwinan mereka di sini.

Bagaimanapun, puan tidak perlu bimbang. Pendaftaran ini mesti dibuat dalam masa enam bulan dari tarikh puan atau suami atau kedua-duanya sekali kembali ke tanah air. Dengan kata lain, puan masih ada masa untuk mendaftarkan perkahwinan puan.

Selain itu, Seksyen 34 akta yang sama turut menyatakan jika perkahwinan itu dilangsungkan secara sah menurut hukum syarak, ia tidak menjadi tidak sah semata-mata atas sebab tidak didaftarkan.

Namun, adalah diingatkan agar puan dan suami mendaftarkan perkahwinan dengan segera. Seksyen 31 (5) menyebut bahawa, sekiranya perkahwinan itu lewat didaftarkan, ia boleh didaftarkan kemudian tetapi tindakan akan diambil terhadap puan dan juga suami.

Tindakan yang dimaksudkan adalah denda tidak melebihi RM1,000 atau penjara tidak lebih dari tempoh enam bulan atau kedua-duanya sekali. Ini berdasarkan Seksyen 125 (2) akta yang sama.

Walaupun status perkahwinan puan dan suami dianggap sah mengikut hukum syarak, namun dalam ketiadaan sijil nikah yang sah di sisi undang-undang Malaysia, sebarang perkara yang memerlukan mengemukakan sijil nikah tidak akan dapat puan lakukan. Sebagai contohnya, untuk mendaftar kelahiran anak daripada perkahwinan tersebut, pihak Jabatan Pendaftaran Negara memerlukan sijil nikah yang sah di sisi undang-undang keluarga Islam Malaysia.

Malah, puan juga tidak akan dapat menuntut hak puan sebagai isteri, contohnya dari segi nafkah, hutang mas kahwin, harta sepencarian mahupun pembahagian harta pusaka di masa hadapan.

Jika suami puan masih tidak mahu mendaftarkan perkahwinan, puan bolehlah mendaftarkannya sendiri. Tidak perlu menunggu suami puan.

Semasa pendaftaran perkahwinan nanti, puan perlu mengemukakan sijil perkahwinan atau sebarang bukti lisan atau bertulis bahawa perkahwinan puan ada dilangsungkan. Puan juga perlu mengemukakan sebarang butir-butir yang dikehendaki oleh Pendaftar Perkahwinan.

Kemudiannya, puan perlu mengisi borang permohonan pendaftaran perkahwinan dan menandatangani perakuan yang terdapat di dalamnya. Seterusnya, puan dan suami akan dibekalkan dengan sesalinan sijil pendaftaran perkahwinan yang telah diperakui sah (Seksyen 31 (2) (a) hingga (c)).

2 comments:

  1. nape smpai gitu sekali.. nikah kt golok? banyak yang sadis dari gembira. kita org perempuan ada mak n ayah. org laki ni ajak nikah gtu mesti ada sebab. nak smbunyi-sembunyi. pkhwinan bukan permainan n nafsu. byk pglaman kwn-kwan ambil kep singkt mcm tu. alik-alik tinggal mcam tu je. siasat2 bukan stakt ada kluarga, malah ada 2, 3

    ReplyDelete
  2. Hurm... Ntah la akak... If daa sayam macam2 leyh uat ann.. Actually Ieyla pom takut gak nan situasi cam nim... Member2 pom amai gak laa yang kawin kat golok nim... Contoh memang ad depan mata jew.. But yg isau nyer, takut xpat control... Kalau daa sayamm, da2 family lak xrestu.. Takut gak nanti terambik langkah camnim...

    ReplyDelete